lagi lagi ayiem…

duda akak ni tak abis2 lagi citer dia… masa akak call kampung dia nak tuntut nafkah akak (nafkah kah???) nenek dia kata dia dah keje kat kuantan… so akak pun rasa memang dah lost contact takkan nak burn jer utang tu kannn??

*kaww gila??? bukan seringgit dua tawwwwwwww…

tak lama tu dia kol akak dia kata dia dah pindah kuantan dengan family dia… tapi dia takde duit nak bayar duit sewa… so adakah akak kesah??? dia kata dia t gh susah sekarang (bukan selama ni pun ko memang susah ke?) akak malas nak layan tapi akak kata kalau nak duit akak suuh datang kl… dia kata dia merayu kat akak.. dia sanggup buat apa je utk akak… ewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…

 

*kawwww brani tak??? kalau berani KB2 mak sanggup jer kannnn…

akak teringin nak jadi mak ayam dia nak jual dia kat kaawan2 akak… hahahahha kejis tak??? hehhehe tapi akak taknakla kannn… gila kawwwwwwwwwwwwwwwwwww….

*ampun mamaroza.!!!

pastu baru2 ni masa akak balik kampung laki akak… dia msg akak tanya KAMPAR ngan shah alam dekat ker? terus akak keriru uolsss… soalan itu adalah soalan geografi… cikgu NORIAH jer yg boleh jawab!!!

*kaww carikla sendiri yer…

kampar tu sah2la kat perak… dan jawapannya sah2 la jauh!!! rupanya bukan KAMPAR tapi KAPAR, Klang…. akak tanyala kenapa? dia kata dia dah pindah kapar, abang ipar dia tlg carikan keje kat sana… dia bawak family sekali… akak pun pikir… mak bapak dia ni susah sangat ke sampai kena ikut dia ke hulu ke hilir??? rupanya!!!! dia dah kawin…. dan dah ada anak!!! *pitamla akak…

*sape ingat pasal video ni??? takut kan tgk laki tu kena pukul!!!

dan dalam kepala hotak akak ni… sah2la terbayang benda negatif… tangkap basah, dan dah bunting… sebab dia ke sana sini bawak sekali mak pompuan tu… dan family belah pompuan yang beria bantu dia…

bila dia dah kat klang ni… sah2la dia takde kawan… baru kenal tempat tu… so dia pun selalu dan KERAP sms akak!!! dia cakap boring la… ajak kuar laa.. ajak mancing laaa… ishhhhhhhhhhhh gila ke hapa… ko kan dah kawin.. dan dah ada anak… gila akak nak kuar ngan dia??? kalau la laki akak tau… mau 8 bulan dia koma kat ICU tu… mrasalaaaaaaa….

haw??? box???

so apakah kena mengena tajuk kita pada hari ni adik2??? yeeeeeeeeeeee ni akak nak citer pasal sorang kawan akak yang dok kat penang… dia ni jarang2 akak jumpa tup2 akak dengar da kawin… tak jemput punnnnnnnnnnnn… dan kabarnya dah ada anak… motip??? feeling2 eja ngan mas idayu kah???

*jap nak tarik key robek hatiku ya…

so bila akak hapdate facebook akak pasal trip to penang… maka dia pun borakla ngan akak… akak pun tanyala kabar.. semua camne kan? so akak pun skodeng rupanya dia baru bukak akaun FB uolsss.. kawan dia adala dalam 15 orang…. tapi sekali akak refresh balik kawan2 dia dah jadi 150 orang??? so how??? magic tak???

*KB mak tak penah add orang hoccay… org jer add dia khennnnnnnnnn… *hai zoella…

sekali akak tgk semua kawan2 dia adalah mutual friend ngan akak… hahahahh rupanya dia add sume kawan2 akak uolsss…. huhuhuuhuhu… takperlaa tak kesah la tu… tetapi tetiba dia tanya akak soalan yang seakan menjerut leher dengan tali nilon dan mati on the dot uolsss… soalannya macam ni… “kat penang tdo mana? dah BOX otel ke?” akak ingat typo error… pastu tetiba akak cakap pasal zoela pun pergi penang tapi dia sambung lagi “tu la dia nak gi penang tapi tak BOX otel awal2….” *akak terus tercampak uolsss….

*nak BOX size apa uolsss???

akak pun bincang ngan mckay… kamipun gelak2 sakan uolss… lepas akak letak tepon mckay call akak balik cakap “nok, mak dapat sms dari dia tanya pasal nak BOX bilik!!!!” *akak memang koma uolss…

*tlg jaga laki akak masa akak koma yer…

balik dari holiday akak hapdate lagi FB akak… tetiba dia tanya… “so HAW ur honeymoon…”

*HAW flakes akak taula uolss…. so haw??? akak sambung koma akak la uolss yer…

masam-masam manis honeymoon….

last weekend setelah dua bulan menempah hotel… akak pergila honeymoon ngan laki akak… destinasi??? pulau pinang… kami memilih Hard Rock Hotel sebagai destinasi sebab tu hotel baru bukak katanyaa… so kami pun ke sanalaa…

*letsss kawan2… next trip?

tak banyak yang menarik sebab honeymoon ni diselang selikan dengan suka dan duka… heheheh sempat lagi kami bergaduh besar masa malam pertama sampai laki akak ajak balik kl!!! pengsan tak? puncanya dia stress ngan keje ingat pergi sana dia nak tenangkan fikiran… tapi yang akak ni feeling2 nak bermanja2 sokmo… so tak kena tempat… tapi akhirnya ia berakhir dengan kemanisan… gitoewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww…

*dia stress kat tempat keje… ermhhhhhhhhhhhhh….

hard rock hotel begitu gah namanya… ok la bagi akak untuk berhibur… tapi bilik dia sedikit mendukacitakan… mungkin akak pun amik bilik yang paling murah… murah pun agak2 korang berapa harganya??? carikla sundri uolsss…

*macam ni la biliknyer uolss…. cantik… tapi akak tetap rasa ada yang kurang…

*ni bilik ayo dia uolss… gambar pakcik tua tu leh ditutup utk dijadikan cermin… tapi bila tutup tu maknanya org dari dalam bilik leh la tgk aksi kita dalam bilik ayo ittewww…

hari pertama dalam gaduh2 tu… laki akak tetap gigih temankan akak berjalan kaki sepanjang Batu Feringghi tu… melihat bintang… melihat keindahan malam di sana… akak tak shopping banyak pun… adala skit… hehehehe zoella pun ada kat penang tapi tak sempat jumpa sebab dia sibuk ngan aktiviti ngan opismate dia uolsss… khabarnya candiew opismatenya ittewww… patutla tak bagi jumpa mek..!! *hai zoella

*ok kan pose akak?

sempatla kami ke gurney plaza, komtar, perangin mall… tapi laki akak takmo pergi jalan2 kat tempat2 penting macam bukit bendera ke… dia kata dia nak lepak kat pantai… nak tenangkan fikiran katanya… masa dah gaduh2 tu akak ajak pergi beli asam jeruk… tanya org sana sini… tapi laki akak masa tu cool jer… dia tak byk cakap… rupanya tempat tu jauh yer… kami jalan kaki plak tu dari perangin mall… aduhh… masa jalan tu laki akak senyap jer… tetiba masa nak melintas jalan dia hulur tangan kat akak… dia pimpin tangan akak heehheheh.. so akak taula dia dah tak marah… dan dia pimpin sampai ke tempat jeruk sebab akak tau dia risau dengan keadaan jalan yang tak tentu hala tu…

*tetiba terus akak rasa melayang-layang uolss sib baik tak kena langgar lori!!

 

laki akak plak ni suka2 jer amik jeruk kat kedai lain pastu makan…. akak beli kat kedai lain… pastu cina tu sound dia… suh dia bayar tiga posen utk seketul jeruk tu… laki akak pun dengan muka selamba amik duit seringgit dan bagi kat cina tu sambil cakap “keep the change” *terchampak akak sekejap bila laki akak cakap omputih dengan riaknya sambil tarik tangan akak dan terus blah….

*hehehehehe

ada satu peristiwa dalam lift… masa tu nak turun… ada tiga couple… akak ngan laki akak, couple cina sorang dan satu lagi couple ni melayu tapi macam mix akak tgk… dan akak pun terpegun tgk laki dia yang sangatlah elok ittewwwwwwwwwww…. couple ni bawak baby dalam stroller… baby ni pulak kepala dia terangkat2 tgk semua org dalam lift, so laki kapel cina ni pun usik2 baby tu… tapi baby tu wat dunno sambil wat muka pelik…

*kaww kenapa??? kannnnn

ujong2 baby tu pandang akak… dan tetiba senyum,…. akak pun senyum la kat baby tu… tetiba mak baby tu kuarkan dialog yang buat akak nak terus buat catwalk kat depan HR tu… dia kata “owh… he likes pretty lady…”

*so hawwwwwwwwwwwwww??? sambil berlalu dan tersenyum manja kat laki dia…

nak chanteq, kurus, kulit putih, lembut & gebu???

hahahahah tajuk entry akak ni pasti yang diinginkan oleh semua pompuan dan pondan2 seluruh alam kannnnnnnnnnnn… termasuklah akak…. kerana semua orang ingin cantik, jelita dan dikagumi…

ugly-girl.jpg ugly gurl image by popcicles09

*yesss uolsssss…. mak setuju!!!

jadinya akak pun yang sememangnya memiliki kekurangan sejak dari dulu berbanding rakan2 akak lain yang sangat sempurna bentuk badan dan wajah mereka kan *hai kak wan

badan akak yang semakin hari semakin menggajah ni makin membimbangkan… dah macam2 ubat akak cuba dari semurah2 MERIT sampaila ke KINOHIMITSU detox kannnnnnnnnn…

*sedap ni uolsss… akak sukaaa… dan berkesan… tapi detox2 ni sah2la takleh nak makan produk kecantikan lain… kalau tak sia2 la kan????

dan  turunnya dalam 4- 5 kilo… naik balik 7 -8 kilo… aduhaiiiiiiiiiiiiiiii… hehehehhehhe tapi akak tetap berusaha… hari tu akak siap dah nak beli treadmill uolsss… berangan ni dengan kakmin …. duit tu ada… tapi akak pikir nak letak kat mana laaa kat umah akak yang sekangkang kera… so akak batalkan…

*tulaaa… sampai2 terjelir2 lidah kannn… anjing ber treadmill bagai…

dulu masa makan LAMI @ LASMI tu ada gakla kesannya… tapi since ramai sangat yang komen bahaya akak terus stop… mana tak nya setiap kali makan tu tekak akan rasa keringggggggggggggggggggggggggggg…. kata laki akak racun tikus uols!!!!

*ni uolssssssssssssss.. sangat berkesan… tapi memang kesan buruknya pun tinggi!!!!

pil SURUT pun pernah akak cuba uolsss… ada gak kesan… tapi akak tak tahan asyik nak berry jer…

*ni pun akak cuba… tapi lambat skit kesan dia…

sekarang ni akak dah daftar gym pulak…. ala yang murah2 jer… bukan yg international… manalah mampu… memang ada program dia bagi utk 2 bulan… setiap dua bulan dia akan tukar program dari membina otot sampaila kepada pelangsingan badan…

*akak bukan nak bina badan uolsss… tapi akak amik loose weight program katanyaaaaaaaaaaaaaaaaa

tapi tu pun hangat2 taik hanjeng uolsss… pergi 3 kali cuti 6 hari… malas sangat kan???

*sapa yang kena berry iitttttew

opismate akak dah makan jusmate dah turun 13 kilo… adakah akak perlu mencuba? bagaimana pula dengan Reductil??? mana lebih berkesan uolsss???? laki akak dah bagi amaran… tahun baru kena bertubuh baru… kalau tidak… dah dia tak teruskan plak ayat dia… so akak kena pikirla sendiri….

* camner??? mampuuu???

_________________________________________________________

beralih kita ke kesah kechanteqan pulak…. muka akak ni pulak… oko la ckit dari permukaan bulan tu kan? tapinya lepas akak makan produk Glowz… tetibe macam ada jerawat2 muncul kat rahang akak ni… memula kecik2 pastu membesar… kawan akak kata mungkin tak tukar sarung bantal kot… matila pengotor ke akak ni? * hai zoella…

glowz2424.jpg image by medina_027

*inilah produknya,…. kesannya??? lambat…

so semalam akak dah pergi farmasi beli satu krim muka namanya BEPROSENE… harap2 berkesan la untuk muka akak yang keruh dan kasar ni…

tapi akak masih lagi mengekalkan pemakanan supplements berikut demi mengekalkan seri wajah… gitoowwwwwwwwwwwwwwwwww… antaranya seperti… DNHans, Total Image Collagen, Evening Primrose Oil & Vitamin C Acid Free…

untuk kebersihan wajah akak gunakan Novelles Visage… tapi memula nampak ok… tapi lama2 macam biasa plak… ujong2 akak amalkan wudhuk yang berterusan …gitoewwwwwwww.,.. maknanya bila terbatal jer amik wudhuk, batal jer amik wudhuk… camner ok tak?

wudu.jpg Foot Washing image by StandWithUs

*akak gi bntang sejadah sat naa…

kak min EKSIDEN!!!

semalam akak dapat jemputan dari kak fiha… dah nak kawin dia… *sebelum terlupa kak fiha pun jemput exjam, kaktin, kak min & zoela ke majlis perkahwinannya di kuantan pada 27 disember… akak takleh pergi uolss since ada event kat KK 24-28 dec…

so akak ingat nak ajak kaktin vacation terus ke tganu masa kat umah laki fieha… ujong2… dia kat balai polis tgh wat report kak min kena sandwich!!! bukan kena rogol secara sandwich uolsss… tapi kereta dia… kat putrajaya sana….

*camni ke uolsss???? kak wan, ok ke resipi ini?

semuanya gara2 awang hitam!!!! awas loe ya!!! *tapi kawan akak pun hitam!!! *sapa plak tataw???

*lihat!!! inilah awang2 hitam

menurut kak tin kalau tgk keadaan kereta kak min tu, mungkin hari ni kita tgh baca yassin… *hai kak min…

*mari baca secara berjemaah

tapi syukur dipanjangkan umur lagi kawan akak tu… cuma dia trauma la naik keta skang ni… mana taknya dia naik keta ngan mak dari hilton sentral ke shah alam… so akak pun feeling2 kecemasan nak bawak gi klinik…drift la akak uolss… heheheh tapi dia dah cuak nak muntah bagai… kaki dia plak yg sibuk2 macam nak brek…

apa kawww fikir ni kereta belajar memandu kah?

sampai kat klinik doktor sembahyang jap… so kami pergi ke kedai cermin mata… ujong2 akak ternampak lens hijau yang dipakai oleh rozita che wan masa anugerah skrin ari tu… chanteqqqqqqqqqqqqq sangat!!! terus akak sambar uolsss… akak beli la sepasang… bila nak pakai ??? tatawwww…

*hai kak tin!!!

*hai zoela…

pastu kak min dapatla dua jenis ubat… satu ubat tahan sakit yang tertulis (SOFT TISSUE INJURY) satu lagi ubat sapu yang ala2 tiger balm…. hahahahha wkakakakakkaka…

*sat ya… akak calit skit kat idung…

salam maal hijrah uolsss…

AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



http://coretanilham.blogspot.com

Kalau Tak Suka Pulangkan VS Taubat Nasuha

KALAU TAK SUKA PULANGKAN
———————————————
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.

“Fail saya kat depan tu mana?”

“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-
“Saya nak ke out station minggu depan.”

“Lama?” Soal Laila.

“Dalam seminggu.”

“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”

“Budak-budak? “

“Ikut jugalah.”

“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&”

“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. ” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”

“Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-
“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

“Awak masak apa?”

“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”

“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.

“Keluar!”

“Mama dah masak Pa!”

“Awak saja makan!”

“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

“Laila..” serunya

“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“Sunyi pulak rumah ni mak,”

“Lama-lama kau biasalah.”

Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-
“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”

“Tak ada lah?”

“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?”

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan

“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–
“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “Laila”

—————————————————————————————————-
“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”

“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“Ikut boleh?”

“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”

“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “

“Papa pesanlah..”

“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.

“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”

“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”

Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”

“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. “Kalau tak suka pulangkan,”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

cuti dicantas…

Lama betul akak menghilang dari dunia perBLOGGAN ni kan? Bagi akak warm up dulu…

*ok akak kena bubbling dulu… banyak kan angin akak???

Ok.. ready class??? Akak nak cerita pasal apa pun akak tak tahu,… sebabnya banyak betul citer2 yang terkumpul tapi lama2 akak rasa macam dah expired plak citer akak tu… tapi takper… akak nak cerita pasal kekecewaan akak…

*kecewa dan rasa sangat pilu uolsss…

Tahun ni akak rasa permulaan tahun memang sangat memenatkan… event sana sini… tak putus2… pastu ujong2 ni dapt peluang bercuti maka akak pun apply … akak santak kan terus cuti akak… memula akak ingat akak nak cuti sepanjang disember… wahhhhhhhhh feeling2 winter holiday khennnnnnnnnnnnn… tapi akak tgk cuti akak tu suam2 jer… so akak apply dari 15 dec sampai 1 jan 2010… hepi akak…

*lihatlah keriangan keluarga kami!!! berangan tak?

Namun kusangka komuter sampai ke subang rupanya sangkut di batu tiga kesahnyaaa… cuti terpaksa diubah kerana big boss akak telah mengarahkan akak ngan bos akak takleh cuti serentak!!! Motipppppppppppppppppppp???? Maka akak mengalah… akak kurangkan seminggu cuti akak… so dari 18 sampai new year sajorh…

*cuti mak dicantas??? awas ko pakcik!!!

Xperlaaa akak bersyukur diberi peluang untuk bercuti… dari orang lain tu keje bagai nak rak tapi nan ado cuti… lepas tu bulan November ni adik akak yang sebelum ni kena keje kat Ethiopia tu tetiba feeling2 nak bawak family pergi holiday… maka akak sentaplaa… kena ikut jadual dia… tapi dia pun memang nak bawak akak sekali… gila tak bawak akak???

*diorang atau akak yang gila??? matilaaaaa

Maka akak pun apply la cuti utk bulan November ni… isnin ngan selasa… sebab nak pergi tu sabtu ahad isnin jer uolss… selasa tu akak nak feeling2 rehat kat umah plak… ujong2 cuti akak tak approve katanya!!! Sebab ada event isnin ngan selasa tu… yang adik akak pulak dah book tiket MAS … sah2 la kalau beli yang murah tu kalau cancel akak kena bayar kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn??? Mampu??? Kalau akak ni pemilik kekal MAS tu lain la kannn???

*lets uolsss terbang bersama akak!!!

So akak pun gigih menebalkan muka mengadap big boss akak… maka akak explain dan berjanji akan membuat yang terbaik utk kerja2 akak lepas cuti tu… ehheheh… akhirnya sebagai big boss yang budiman… akak dibebaskan dengan syarat uols…. *matitakkawwww???

*bebaskan akak…

Syaratnya… kalau event selasa tu jadi… akak perlu terbang terus dari KLIA ke Kuantan… walaupun akak rasa kejam… tapi takperlaa… demi kerjaya… *drama lagi

*lets, kak zoela, mckay, kak tin & kak min…

Hepi akak… tahun ni akak cuti2 malaysia sangat… memula ngan parents pergi PD, pastu ngan rakan2 pergi  Pulau Redang, pastu ngan family lagi sekali tapi ke Langkawi pulak… dan hujung tahun ni akak sambut anniversary dekat Penang uolsss…. Hard Rock Hotel katanyaa… dah booking segala…

*hehheheehhe… honeymoon leyyyyyyyyyyyyyyyyyyy???

amcam meriah tak cuti akak??? tapi bulan januari tu dah bersusun event baru uolsss… annual dinner 2009 pun buat  January 2010 camner???? Biarlah akak bersenang lenang dulu sebelum akak berumahtangga berkhemah bagai kat opis tahun depan… awas 2010!!!

jangan!!!!!

yaasinnnnnnnnnnnnn…

nanti!!!!! naper uolss bacakan mak yasin???? bertalkin bagai??? mak masih hidup uolssssssssss…

biarpun blog ni dah bersawang macam kak zoela *matilaaa.. tapi akak tetap wujud di muka bumi ini demi memastikan akak terus bertakhta sebagai wanita agung di alam buana ini…

awasssssssssssssssssssssssssssssssss!!!!

kalau mati pun harus mak bangkit dari kubur dengan rekaan ffesyen terbaru uolsss!!!

mak akan hapdate dengan berita2 terbaru… tunguuuuuuuuuuuuuu

SALAM AIDIL FITRI

 

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA…

maafkan akak kalau korang ada terkecik hati,tersentap dengan tulisan2 akak yang menghanjeng ni… akak harap korang bergembira di samping keluarga…

biarlah akak bersendirian tanpa suami di sisi… gitoooooooooooooowwww…
MAAF ZAHIR & BATIN UOLSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS