Kekasih Marion jutawan automotif

BARU-BARU ini, Papa menerima kiriman e-mel daripada kawan lama Papa iaitu Kak Noi yang cukup jelita dan berdagu runcing tu.

Dalam e-mel tu, Kak Noi kirimkan sekeping gambar yang Papa memang kenal sangat. Orang dalam gambar itu tidak lain dan tidak bukan adalah pengacara jelita, Marion Caunter.

Gambar yang dikirim itu bukanlah gambar yang tidak senonoh tetapi gambar Marion bersama kekasihnya.

Secara jujurnya, sebelum ini Papa tidak pernah tahu Marion bercinta.

Malah, gosip cintanya pun rasanya tidak pernah dipaparkan di mana-mana akhbar.

Eloklah juga kalau macam tu sebab kalau asyik cerita cinta sahaja tidak pasal-pasal nanti jadi mangsa kutukan dan kritikan masyarakat.

Rupanya, kekasih Marion yang kacak itu ialah seorang lelaki ternama yang juga pewaris kepada sebuah syarikat automotif paling berjaya di negara ini.

Sebenarnya, Papa tidak bersedia untuk menyiarkan gambar berkenaan dan mengumumkan siapakah nama jejaka yang dimaksudkan itu kerana lebih manis kalau pembaca tahu daripada orang lain.

Bukannya apa, Papa sekadar mahu menghormati kedudukan si jutawan automotif itu.

Menurut Kak Noi, percintaan mereka rupanya sudah menjangkau empat tahun sejak Marion mula berkhidmat di 8TV pada tahun 2004.

Khabarnya juga, kekasih Marion suka dan terpesona dengan perwatakan Marion itu sehinggakan ketika itu, hampir setiap hari, jambangan bunga akan singgah di meja Marion. Kata orang tu, boleh buka kedai bungalah.

Untung Marion dapat kekasih yang kacak dan kaya pula tu. Papa tengok mereka berdua pun memang secocok. Bagai pinang di belah dua.

Namun, kalau ditanya bila mereka akan mendirikan rumah tangga tu, Papa tidak pastilah kerana Kak Noi pun belum mendapat kepastian yang sahih daripada sumbernya.

Papa cuma mampu mendoakan dari kejauhan sahaja agar hubungan cinta mereka berakhir di jinjang pelamin. Harap Marion tidak tersedak bila baca cerita ni ya!

About these ads