SANGKAANMU SANGKAANKU
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik. Ada sangkaan buruk.
Orang beribadah, disangka riak.
Orang yang relax disangka malas.
Org yang pakai bju baru disangka menunjuk.
Org yang pkai baju lama disangka hina.
Orang yang makan banyak disangka pelahap.
Orang yang makan sedikit disangka kedekut.
Orang senyum disangka mengejek.
Orang masam disangka merajuk.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang diam disangka sombong,
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang ceria disangka berlakon saja.
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah.
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati & mindanya.
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana
ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimkn api.
1 benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
apabila memandang keluar tingkap.
Ada orang melihat awan.
Ada orang melihat pokok.
Ada orang melihat jalan.
Ada orang melihat burung berterbangan.
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.
Kesimpulannya~semua bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat maka positif yang kita dapat. Jika sebaliknya, maka negatiflah jadinya.
Mari kita sam-sama betulkan penglihatan kita. Berbaik sangkalah sesama kita.
Dan…. Janganlah membela saka… &^$@##$^&*
Siti Sangka Situ Sana Sini










