Archive for May 6, 2008


Wak Sabri umpan main komputer

BATU PAHAT: Umpannya cukup mudah, mangsa diajak ke kafe siber di pekan Senggarang dan dibiarkan bermain permainan komputer sepuas-puasnya.

Apabila kanak-kanak itu puas bermain komputer, dia diajak balik dan kemudian suspek mencari tempat sesuai di belakang kediamannya di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan kebun kelapa sawit untuk menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsunya pula.

Selepas memuaskan nafsu buasnya, sedikit wang dihulurkan kepada mangsa sebagai ganjaran menutup mulut selain diberi amaran keras supaya tidak memberitahu sesiapa.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk lelaki warga emas itu terbongkar 29 April lalu apabila seorang guru di sebuah sekolah rendah di Senggarang, mengesyaki sesuatu apabila prestasi akademik pelajarnya itu semakin merosot selain suka termenung.

Selepas puas menyoal untuk mencari punca perubahan sikap yang ketara itu, murid perempuan berusia 12 tahun itu mengaku menjadi pemuas nafsu seorang warga emas yang tinggal sekampung dengannya di Kampung Parit Saidi, Senggarang.

Warga emas terbabit dipercayai beberapa kali meratah tubuh pelajar itu sejak Disember lalu dan kali terakhir dia melakukan perbuatan terkutuk itu 25 April lalu, empat hari sebelum laporan dibuat guru itu di Balai Polis Senggarang.
Menyedari perbuatannya terbongkar, warga emas itu, Sabri Sanusi atau lebih dikenali dengan panggilan Wak Sabri, 59, menghilangkan diri dan usaha menjejakinya giat dijalankan ketika ini.

Wak Sabri, pemegang MyKad bernombor 490911 -01-5487 memiliki lapan rekod jenayah antaranya merogol, meliwat, samun serta pecah rumah dan sering keluar masuk penjara sejak 1970 dan kali terakhir menjalani hukuman penjara pada 1995.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, berkata pihaknya percaya Wak Sabri, masih bersembunyi di sekitar Senggarang.

“Saya merayu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Wak Sabri supaya menghubungi polis di talian 07-4343999 atau laporkan di balai polis berhampiran,” katanya.

*maman tak kenal wak sabri? upsssssssssssss

Oleh ATIKAH DALI – ni sapa ni? tawww ka?


berita@kosmo.com.my

PUTRAJAYA – Tidak disangka-sangka kek yang gebu, lembut dan sedap yang dijual oleh sebuah syarikat pembuat kek terkemuka dihasilkan oleh ‘air tangan’ warga Bangladesh.

Rahsia tersebut terbongkar ekoran tertangkapnya sebanyak 58 warga Bangladesh termasuk Nepal yang diambil bekerja oleh syarikat itu yang mempunyai cawangan di seluruh negara.

Walaupun permit warga asing itu ke negara ini sebagai tukang cuci, tetapi mereka diambil bekerja sebagai pembuat kek di syarikat itu.

Akibatnya, syarikat tersebut dan dua ejen yang membekal pekerja asing berkenaan dikenakan kompaun RM600,000 oleh Jabatan Imigresen atas kesalahan menyalah guna permit yang dikeluarkan.

Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, kompaun tersebut telah dirujuk kepada Peguam Negara semalam dan ia mesti dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

“Pemeriksaan Imigresen terhadap semua pekerja lelaki warga Bangladesh dan Nepal yang ditahan ini mendapati mereka mempunyai permit kerja sebagai tukang cuci.

“Bagaimanapun, restoran tersebut telah menyalahgunakan permit yang dikeluarkan dengan menggaji pekerja tukang cuci untuk kerja-kerja membuat kek,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Semua syarikat tersebut didakwa mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (pindaan 2002).

*persoalannya… tajuk dia tuhhhh very the geli tawwwwwwwww…. lepas tu… ada saper2 kenal ngan reporter gediks ini? Tieka? mesti lopak2 u da berturap kan tieka oiiiii… larikkkkkkkkkkkkkkk

SEREMBAN: Pelakon Nasreen Ngasri, 25, atau lebih dikenali sebagai ’Darling’ serta emak dan adiknya dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban kerana cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 247, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang dekat sini, pagi ini.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Halil Hamzah, berkata kemalangan itu berlaku jam 7.50 pagi ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.

“Nasreen yang memandu dalam keadaan jalan licin akibat hujan dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas sebelum melanggar belakang lori, dan akibatnya, bahagian depan kereta remuk manakala lori yang membawa pokok bunga itu terbalik di tengah lebuh raya,” katanya.

Nasreen mengalami kecederaan di bahagian kepala dan leher manakala emaknya, Habibah Jaafar, 53, mengalami lebam di muka dan cedera di kaki kanan, dan adiknya, Norsuhada, 14, cedera di badan.

Adik Nasreen, Nasriah Ngasri, 24, atau lebih dikenali sebagai ’Anne’ bersama suaminya, Abdul Wafi Hassan, 26, adalah antara yang awal melawat mereka.

Abdul Wafi berkata Nasreen serta emak dan adiknya dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri di rumah saudara mereka di Johor Bahru.

“Kami terkejut menerima berita kemalangan itu pagi ini dan bergegas ke HTJS.

“Kami sepatutnya mengadakan sedikit jamuan kesyukuran sempena hari lahir saya hari ini, tetapi tak sangka ini pula terjadi. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Pemandu lori Mohd Alif Yusof, 25, yang ditemui di tempat kejadian, berkata beliau dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur apabila tiba-tiba belakang lorinya dirempuh sebuah kereta.

“Akibat rempuhan itu, saya hilang kawalan lalu terbalik di tengah lebuh raya. Namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya. — Bernama

credit to : Berita Harian online

Kereta BMW milik pelakon dan pengacara Nasreen Ngasri atau lebih dikenali sebagai Darling, 25, remuk setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa pokok bunga di KM247 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Nasreen dikatakan gagal mengawal kereta itu yang dipandunya semasa hujan menyebabkannya melanggar belakang lori berkenaan.

Akibat kemalangan itu, Nasreen cedera di kepala dan leher, ibunya Habibah Jaafar, 53, cedera di kaki dan muka manakala adiknya Norsuhada, 14, cedera di badan.

Mereka, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, adalah dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur.


anne ngasri menolak kerusi roda norsuhada kat hospital tuanku jaafar, seremban


habibah jaafar (53)



nasreen ngasri (darling) yg diusung kat hospital tuanku jaafar, seremban