Archive for August, 2008


hari ni satu kejadian aneh melanda hidupku… aku menempuh traffic jam yang maha hebat… heeheh (padahal org lain pernah lalui lagi teruk kan?) aku kuar uma kul 6.45…. jumpa LS… dia nak bagi slip gaji kawan dia nak wat loan…. aku paw dia duit… sebab dalam wallet ada rm50… malasla nak bayar tol duit besor… aku mintak rm5… dia kata duit singgit dia ada rm3 jer.. pastu dia bagi aku rm10… pastu dia bagi rm10 lagi suh buat makan hari ni… ahahahahhahah save duit aku hari ni… hikhikhyuikihikhik

so aku pun bergerak ke federal seperti biasa… masuk NPE pun macam biasa… tup2… bila sampai kat depan angkasapuri… kereta panjanggggggggggggggggg… tak gerak2… aiyooooooooooooooooo aku dah nguap… selalunya memang jem kat situ… tapi kali ni… berlarutan sampai ke bangsar… aduhhhhhhhhhhh dari 7.30 aku kat situ… sampai 8.30 aku baru sampai brickfields…. penat, ngantuk, lapar, sakit perut,…. semua ada… arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

*kannnnnnnnnn sib baik tak haru macam ni…

rupanya ada rehearsal kawad merdeka… 3 hari yerrrrrrrr…. maknanya esok i kena cari laluan alternatif gitewwwwwww… pengsan i…. sampai opis pukul 9…. arhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lamabt tak? seremmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm…

kisah eventku…

lepas melalui hari malang ahad tu…. bangun tdo kul 6 pagi… sib baik LS kejut… pastu siap2 pukul 7.30 dah terpacak kat venue…. event start pukul 8.45…. caterer patut dah sampai pukul 7…. tapi sampai ke sudah tak sampai…. masa kol hari tu dia kata 3 jam sebelum dah prepare… hari ni nan adoooooooooooooo….

ni nak cerita pasal caterer ni dulu… masa mintak quotation diaorang komplen kami ni asyik mintak quotation tapi tak pernah dapat biznes dari kami… so kami bagi pelaung since dia paling murah kan… memang kami buat banyak pertukaran… tapi kami tak pernah tukar alamat… itu yang pasti…venue tetap klia….so aku ngan dua orang staff aku wat final preparation… touch up lebey kurang… bos aku lambat skit… dia leh pesan kalau dia lambat aku kena ganti dia jadik mc… pengsan tak?semalam dia memang dah suh print lebih mc script tu… aku pun berlatih la skit sebab english punya event… mau tak cuak…. pucat jugakla aku… mana nak tunggu ccatering lagi….

*pakcik dah 200 tahun bukak catering dik… berkat susuk yang pakcik pakai ni sampai sekarang bisnes pakcik maju,..

dah 8.30 catering tak sampai lagi…. masa aku telefon lagi haru… dia tak tau jalan…. aduhhhhhhhhhhhhhh leh tak survey dulu…. pastu aku dapat call dari opis yang catering tu datang opis untuk 70 pax…. kepala hotak dia!!!!! bila plak aku tempah suh anto ke opis? semua aku suh anto ke klia…. dalam letter of undertaking tu dah tulis venue  tu… tak baca ker? amukla aku…

*ishhhhhhhhhhhhh mau tak berapi aku? awas yer pihak caterer berbuat baiklah sebelum anda diblacklist kan…

tetiba bos besar pompuan cina tu nak tgk skrip… ada plak amendment dan sedikit penambahan…. kalut la aku,… sib baik dia tolong tambah…. so aku tulis balik… bos aku plak kena singgah opis amik big boss… so aku dah target memang aku kena jadi bidan terjun hari ni… bila event start jer… catering tu pun sampai…. dan menu yang datang tu menu melayujer…. yang international menu semua dibawa ke opis aku… pengsan laaa….

tengah2 aku mengacara tu bos aku ngan big bos pun sampai… bila aku terpandang diorang dan diorang angkat ibu jari tu aku rasa lega skit…

 

*walaupun english aku quite haukkk tapi setakat membaca skrip itu tidak menjadi hal… hikhikhikhik

habis jer acara semua tetamu kena bergambar dulu… so ada peluang caterer tu siapkan tempat… tapi yang aku cuak tu menu lagi satu yang tak sampai2… bos aku dah amuk sampai dia hempas kertas… sebabnya budaktu hidang buffet atas meja bulat… padahal ada meja panjang… tapi dia tak tanya….

tetiba aku dapat kol dari opis caterer ni cakap apa cerita ada orang u hempas kertas kat muka staff kami…. wahhhhhhhhhhhhhh cantik muka ko…. kan? aku kata … u tak de kat sini jgn nak pandai2 sound2 kami… dahla lambat… kami dah bagi peluang…. bagi bisnes… u sound2 kami plak…bukan bos i hempas kertas kat muak staff u tapi hempas kat atas cawan… dan bukan sebab staff u tak hidang utk semua meja… tapi sebab tak tanya ada meja buffet ke tak… pstu baru dia rasa malu… aku kata… saya tak kira… makanan tu kena sampai sebelum makan tengahari nanti….

*budak ni pun tau gerammmmmmmmmmmmmmmmmmm

apa nak jadi… jadila kalau tidak kami tak bayar…. semua info aku dah bagi lengkap…. apa lagi yang nak confuse? aku kata i tak kira… n i nak ur manager datang sekali…. kannnnnnnnnnnn…. awas yer… jgn spoil kan event mak!!!! dan aku mintak numebr manager dia… aku kol dan cakap sendiri… pastu dia kata ok kami akui slah kami… dan dia sendiri akn datang hantar baki makanan tu…

dahla bos yang pompuan cina tu sebelum ni curious sangat ngan caterer ni… jauh dan tak tau sedap ke tak… pastu dia betul2 buat perangai…. aduhhhhhhhhhhhhhhhh sakit tak hati kawwwwwww????? aku rasa bersalah gak la… sebab aku yang handle masa bos2 aku cuti minggu lepas…. sah2 aku takut gak aklau aku dipersalahkan….

dan akhirnya diorang sampai pukul 12pm… dengan makanan lunch sekali… aku jumpa manager dia… dia cuma citer yang dia dah marah staff2 dia… ehhhhhhhhhhhhhhhhh ada aku kesah? kannnnnnn yang penting apsal boleh tak paham surat tu? sebab surat tu in english ker? takkan tak paham … surat tu simple jer…. bukanla under estimate… tapi tgk keadaan van yang bawak food tu pun pengsan aku…

masa nak balik tu big bos company aku salam aku cakap good job, well done… heheheheh hepi gak aku… konon2 bidan terjun tapi memang dah ada script spare…. hahahahhahahaha kannnnnnnnnn…. mc utk international event la kununnya… wahhhhhhhhhhhhhhhh….

*aku dengan malu2 kucing terus berlari keluar ala2 anak dara malu2 terus masuk bilik…

petang tu pukul 5.30 aku ngan bos n dua orang staff kena pergi muara ikan bakar… pelabuhan klang… delegasi tu nak dinner kat sana… so kami kena pergi awal… temapt aku dah booked siang2… pergi awal untuk pilih menu la…. so ada lima meja setiap meja kami amik sekor ikan siakap bakar, siakap steam, kerapu 3 rasa, sotong goreng, udang masam manis, kailan, dan macam2 la….

makanan ready jer…. diorang pun sampai.. arhhhhhhhhhhhhhh leganyaaaaaaaaaaaaaaaa…. dan aku telah memandai2 order aiskrim sebagai pencuci mulut selain buahbuahan… hehehehhehe….

tadi aku turun tingkat bawah… budak2 kat tingkat 3 nak belanja aku makan kfc…. hihikhikhikhikhik… so aku agak lewat petang dengan gigih dan tawadhuk menuju ke sana… dalam perjalanan yang bagai dilindungi payung syurga itu… aku nak pergi lif… arrhhhhhhhhhhhhhhh bertembung ngan Encik Dan… camner? nak patah balik dah terlajak… aku terus jer pergi lif… tak pandang dia… tetiba dia tegur… aku layan tak layan jer tapi aku toleh gak la… aku tekan lif terus masuk… dia nak cakap lagi… aku layan skit.. pastu aku terus say bye bye… agak biadab tak?

harusla kan? mana mungkin kekecewaan ini terubat dengan sekelip mata… ohhhhhhhhhhhh tidak… awas korang yer… jgn cari pasal ngan mak…. kalau tidak…. buruk padahnya… kannnnnnnnnnn ugutan sangat…

(Dikemas kini, pukul 2210) PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali muncul Ahli Parlimen Permatang Pauh – selepas ‘berehat’ selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam keputusan rasmi diumumkan sebentar tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi dan AKIM menerima 92 undi. mStar Online difahamkan Anwar telah menang di kebanyakan daripada 28 daerah mengundi. Keputusan penuh pilihan raya kecil ini diumumkan di Institut Perguruan Tuanku Bainun. Bagaimanapun ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR khususnya Pakatan Rakyat telah meraikan kemenangan Anwar sejak pukul 6 petang tadi.

Keputusan tidak rasmi kemenangan Anwar telah diumumkan bermula pukul 6.30 petang tadi di Pusat Operasi Utama PKR di Yayasan Aman, Penanti di sini. Anwar yang berada di Yayasan Aman sejak petang tadi meninggalkan premis ini ke Institut Perguruan Tuanku Bainun pukul 9.10 malam. Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar – 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus. Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi. Pada pilihan raya kecil ini, Arif Shah, 51, menghadapi tentangan Anwar, 61, dan calon AKIM, Hanafi, 61. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu. Pada pilihan raya umum Mac lepas, Dr. Wan Azizah mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982. mStaronline

aku ada dua event kena handle isnin lepas… so untuk preparation berminggu jugaklaa… akhirnya sampai ke hari ahad… sehari sebelum event itttewwwwwww…. aku janji ngan encik Dan… sebab aku nak amik barang kat opis dia… maka perjanjian dibuat melalui sms untuk mengambil aku seawal jam 9 pagi… dia pun setuju…. malam tu aku tdo sorang… semua tak balik umah,… ayah bawak keta gi melaka… so terkontang kanting la aku…

*kesepian seorang diri…

paginya dengan gigih aku bangun… malas nak kejutkan encik Dan… takut dia belum bangun… so dekat pukul 9 aku pun sms dia… dia reply… ok jadi… tapi lewat skit dalam 30 to 40 minutes… aku pun ok jer… wlpun aku dah siap bagai…. aku pun menunggu…. dalam pukul 10 aku tunggu kat luar umah… dah kunci pintu bagai… malas nak kuar masuk… tunggu punya tunggu… tak sampai… msg tak balas…. kol tak dapat yer… fon off… tetiba rasa sdey…. memang aku dah lalui mende2 macam ni… tapi tak sangka aku kena lalui balik sekali lagi….

pastu aku mesej dia aku kata aku kena pergi cepat so aku naik tren… dengan gigih pukul 11 lebih aku kol cab… tunggu punya tunggu… dekat pukul 12 baru cab sampai… 2 kali aku call cab tu… dia kata cab memang takder… tension aku …. daripada cantik berhias dandan rapi… terus jadik lasam… aku ingat nak terus gi kl sbb staff aku dah tunggu lama… tapi teksi tu kata pergi kl rm30 … *pengsan tak? dahla tak guna meter…jadi aku gigihkan diri naik tren….

*awas yer pemandu teksi yang tidak bermeter… akan ku lapor pada yang berkuasa…

orang dah ramai kat stesen komuter tu… aku pun turut menunggu bersama… maka datanglah tren… masa semua org dah bersedia… tren tu tak berhenti yer,,,, lajuuuuuuuuuuuuu jer dia menyusur… pening i… orang mula bertambah… angin bertiup kencang… hujan mula turun renyai2 membasahi rambutku yang dah diset ini….tetiba aku rasa sakit perut yang amaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangat… aku terpikir adakah nak teruskan perjalanan… atau nak gi toilet dulu… tak tahan punya pasal… aku pun pura2 bukak enset dan bercakap kat fon dengan konfiden sambil tergelak2… heheheeheh(wlpun takde sape call) sebab nak cover kan… yerlaaa tetiba jer aku berpatah balik… pastu sah2 la toilet kat seberang tu semua orang nampak saper yang kuar masuk….

*bila la ko nak improve kan?

bila dah setel… aku kuar semua orang dah takde…. tren terlepassss……. pilu hatiku…. hujan semakin menggila… sib baik LS sms tak berenti… kalau tak mau aku mati kering kebosanan….. dah dapat tren aku pun hepi… duduk dengan gembira…. akhirnya sampai kat kl sentral… lepas turunkan penumpang… tren tu berhenti… laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama yer… lebih setengah jam….. aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tak gerak2… org yang tak tahan ada yang dah kuar… pening…. yang aku geram tu.. leh tak announce kenapa? apa yang berlaku… kami dalam tren tu tak tau apa2… tren rosak ke… tunggu tren lain jalan ker… cakaplaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jgn diammmm jer…..

akhirnya aku pun sampai… dalam keadaan dah haru biru… encik Dan tpon… mintak mahap… dia kata dia pergi somewhere pastu tertdo… enfon problem… pening tak… aku rasa tertekan sangat… whateverla kan.. aku dah sampai pun… dia kata dah sampai kl singgah opis dia… leh amik barang sekali… tapi aku kol staff aku suh amik kat dia… aku suh staff aku cakap aku dalam tren lagi… bila aku sampai kat stor… aku tgk encik Dan ni ada sekali kat situ… terus aku kata kat staff aku aku nak naik atas jap amik barang… staff aku tanya tak takut ker? … aku kata… ok… aku pun dengan kekvatnya naik atas…. sekali… kat atas opis tu… geeeeeeeeeeeeeeeelap sangat yer…. tak ada lampu langsung…. patutla staff aku tanya… seram takkkk?

*cahaya samar bayangan jer….

hehehhehe yang kelakonya.. bila pintu lif terbukak, encik Dan berdiri depan pintu… nak naik lif… n dia mintak mahap n salam aku… aku kata ok jer…. tak da apa…. pastu aku sms dia say thanks… dia balas n say sorry once again… aku just reply… takper dah biasa… maknanya mak sentap la tu kan? huhuhuhuhu dan dia ada tinggalkan sourvenir utk aku kat staff aku,… yerla dia kan baru balik dari oversea… so dia bagila something… tapi belum dapat memadamkan kekecewaan diperlakukan sebegitu oleh seorang rakan…*pitam…

*sib baik gak dia yang muncul… kalau mende lain? *pengsan

kemudian… aku dan staff2 aku bergerak ke klia… sampai sana… macam2 pertukaran plak dibuat last minute… pengsan tak? gigih kami bekerja menukar kedudukan meja… angkat kerusi… tampal wording backdrop… bos aku pun sampai… dia sibuk wat mc script sebab dia kena jadi mc untuk event yang bertaraf international ittew katanya…. kannnnnnnnnnnnnnnn jadinya… dalam pukul 11 lebih baru abis…

hujan terus turun mencurah2… kami balik… sampai kat postguard tu… dia tahan… ingatkan naper… rupanya kami terlupa tutup pintu tepi van…. lepas tutup terus blah… aku kata harap2 takder bende cicir… sambil mata aku tgk jer kat tempat tadid… tetiba nampak satu bungkusan putih… kat tempat van psuing tadi… ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh beg baju akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ….. arhhhhhhhhhhhhhhh aku suh staff aku patah balik…. tak kira,… nyawaku ituuuuuuuuuuuuu…. mana taknya.. baju untuk esok dan kami gelak tak henti2 sebab kelaka sangatttttttttttttttt…. lawak btolllllllllllll….

pastu terus gi concorde inn… nak check in satu hal plak… tadi aku tanya mamat yang incharge tu kata bilik atas nama dia… tapi bila aku sampai bilik atas nama bos aku… dah dia cari nama aku bagai nak rak….dahla beratur panjang… mata ngantuk… finally aku leh masuk gak… aduhhhhhhhhhh

pastu nak iron baju satu hal lagi… mintak iron tak ada… ramai sangat org guna… so kena pergi kat iron corner… concorde inn ni dahla horror … macam asrama jer kedudukan dia… hikhikhikhikhikhik…. kenala lenggok2 jap… aku ajak staff aku temankan… arhhhhhhhhhhhhhhhh… masa nak balik bilik tu… tetiba elok jer namapak iron ngan board dia kat luar bilik jiran kami…. arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

*pastikan menggosok dengan gaya yang paling genit sekali yer…

kisah malangku sepanjang hariiiiiiiiiiiiiii… arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

*melasalam

sabtu lepas aku mengalami kebosanan yang amat… so laki aku kata ajakla kak min kuar… memangla dia suh kak min… sebab itu jer yang dia kenal… lagipun mesti dia ingat kalau aku kuar ngan kawan2 lain… sah2 melenggok tak hengat kan?

keta takder…. ayah bawak gi melaka… tapi mckay kol beria nak ajak gi kl… ada sale ralph lauren… kat parkroyal hotel…. macam2 kata2 manis dihamburkan pada aku semata2 untuk menemaninya… kan?????? akhirnya kerana kebosanan aku dah mencapai tahap cipan… maka aku kata ok jer… tapi aku tak tentukan waktu… aku just kata kat dia… gerak sekarang la… kan? cepat skit…. hehhehehe…

*ni la parkroyal hotel ittewwwwwww

sale start 10 pagi…. kami sampai pukul 12pm… huhuhuhuhuhuh sakannnnnnnnnnn …. beratur ni… org dah ramai kat dalam… yang kat luar kena beratur… pengsan….bila masuk jer… terusss menyerbu yer…. macam2 la ada biotherm, lancome, loreal…. ralph lauren, armani, dan macam2 lagi…. harga yang murah itteewwwwwwwwwwwwww amatlah mendebarkan…. duit bawak agak2 jugakla kan? tapi aku memang fokus nak beli perfume…. dan aku telah tertarik nak beli miracle pakej losyen ngan mandian, ralph lauren… dan macam2 lagi… tapi yang peliknyaaa si mckay ni tak pegang hape2 pun… dengan alasan tak byk pilihan untuk lelaki… aiyoooooooooo pengsan….

tapi akhinya dia terpengaruh ngan perfume aku yang woman ittewwwwwwww… tapi dia belikan utk dua adik perempuan dia..(katanya laa…0 tak taula kalau pakai sendiri… time drag… upsssssssssssss… dan kerana wang yang terhad aku terpaksa membuat pilihan akhirnya aku membeli :

 *set perfume edt 100ml ngan losyen ittewww hanya berharga… R60… jadi aku pun menyambar satu…. ingat nak beli dua… tapi ermhhhhhhh takperlaa… aku tak jadi beli miracle sebab rm170 telah melampaui kemampuanku…hikhikhikhikhikhik dan satu lagi aku beli:

 aku teruja ngan haruman ini… tapi aku beli yang 50 ml jerhhhhhhhhhhh…. ok laaaa berbaloi gak….rasanya laaaa…….. kemudian kitorang dok lepak kat secret recipe lot 10 ittewwwwwwww sambil market2… tetiba waiter tu datang cakap ada chef kat dapur kirim salam kat salah seorang dari kami… *pening tak uols? tak nampak pun muka dia… suddenly nak kirim salam…. motiffffffffffffffff?????? awas yerrr jika nak berkenalan ngan akak perlu ada procedure dan tatacara yang betul….

pastu kitorang gi sg wang… mckay nak cari innerwear katanya… aku malam nak cari… sebab aku yang lain ok lagi… aku belikan satu untuk LS jer… semalamnya aku paw dia suh topupkan aku rm10 tapi dia topupkan aku rm30 ahhahahahhahahhahahahhahahah……aku maloas nak kuar umah keta tak der… jadi dia belikan… dia kata utk tepon dia jer… ishhhhhhhhhhhhhhhh takkanlaaa…..

balik tu dalam tengahari eheheheh LS pun sampai pelik.. dia siap tanya aik sekejap jer… iyerlaa suddenly kami rasa penat… so kami buat keputusan… nak balik s alam cari urut kaki…. kat shah alam mall ada satu… so ingat nak gi situ jer… tapi sampai situ dah tutup… sdeyyyyyyyyyyy aku pun teruja nak beli buah2 potong kat situ … aku tanya mckay dia nak tak… dia macam nak taknak… tetiba dia tanya… buah2 macam ni khasiat dia ada lagi ker? wahhhhhhhhhhhhhhhh terus mak terpikir… mak ni rupanya beli makanan tak pernah pikirkan pasal khasiat… aku pun cakap mende yang sama kat mckay.. aku kata okla nak join makan pilhla mana yang nak kan? aku amik mangga muda, jambu air dan batu dan dia pilih gula kabung… letak asam boi ngan belacan… bila first dia makan… terus dia kata eh…. sedap… ni buah segar… pastu aku terus terfikir… mesti dia ingat mende2 ni jeruk…. rupanya buah potong yang dibeli bagai nak rak masa kat thailand dulu… huhuhuhuhuhu

maknanya jeruk itu tidak berkhasiat yer,…. please take note… yerrrr semua mesti dah tahu pasal mende nih kan? tapi nak makan sekali sekala apa salahnya… takper… kalau tidak… ia tidak dinamakan makanan…

*matilaaa kau jeruk kalau jual kat area umah mckay… tidak berkhasiat… NO!!! gitowwww kan?

kemudian kami bergegas ke SACC sebab minah indon kat kedai buah tu kata kedai urut ittewwwwww telah berpindah ke sacc… dan kami menjumpainyaaaaaaaaaaaaaaaaaa…. kami telah diurut oleh dua orang OKU…. leganyaaaaaaaaaaaaaaa dan tempat tu selesa sangat… rasa next time nak urut badan plak la… ada unsur2 sauna….. hukhukhukhuk…

*lama tak urut ni dik…. urat kat celah tu dah tersimpul dahhhhhhhhhhh camner?

kemudian masa nak turun ke keta tu… aku singgah kedai jam… takder orang jaga… tetiba muncul sorang mamat yang amattttttttttttttttttttttttttttttttt kacak…. rasa nak pengsan… mckay kat kedai coklat… tetiba dia dtang kedai tu… terus dia tanya2 mamat tu secara godaan berterusan… akhirnay aku ke tepi… terus mckay pose2 kat tepi tiang… sambil cakap dia student kat uitm amik LAW… camner? aku terus ke tepi… takperla kan? hehehhehehehhehe *pengsan kejap….

filem horror…

hikhikhikhikhik…. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee…. aku tertarik untuk membincangkan tentang filem2 horror kerana… maman bercerita pasal hantu2 yang menumpang teduh di rumah nya… (maman atau hantu ittew yang menumpang… aku tak pasti…) hehehheheh semenjak dua menjak ni aku galak betol mendload filem2 seram…. terutama dari indonesia… tak lupa filem2 malaysia yang aku tak berkesempatan tgk kat wayang….

filem tempatan yang aku gigih dload adalah filem ANAK…

filem anak ini dibarisi oleh dua pelakon terbaik negara… Ida Nerina dan erra fazira yang masing2 pernah memegang award best actress di festival filem malaysia… sememangnya lakonan bersahaja ida nerina dalam filem ini cukup berkesan dan kita sebagai penonton terkesan dengan kekejamannya… melihat erra fazira sebagai wanita yang penuh tekanan dalam filem ni membuatkan kita terfikir adakah beliau pernah melalui peristiwa ini di dunia realiti? (pengguguran anak) kerana penghayatan erra cukup baik… dengan olesan mekap yang minima… tetap dapat membangkitkan rasa sedih dan simpati ke atas beliau…. tidak salah beliau tercalon sebagai 5 finalis di ffm21 yang baru lalu…

seterusnya filem congkak…

filem ini telah menggamit nanu sebagai heroin kembali… kredibiliti nanu sebgai pelakon memang tidak dapat dipertikaikan… nanu berjaya memikul watak sebagai seorang ibu yang tertekan dengan anaknya yang bergaul dengan makhluk yang tidak kelihatan… dan award pelakon kanak2 terbaik yang disandang adik eryyenne tu memang kena… dia menghayati watak sangat u olssss…. ala2 uolss masa kecik dulu….

lepas tu aku gigih plak menonton filem 40 hari bangkitnya pocong…

tapi aku tgk filem ni macam nak menjual nama irwansyah jer… kureng serem… seram dia bila dia dapat tahu mayat family dia disimpan oelh makcik dia kat loteng rumah dia sendiri kerana tidak dapat menerima kenyataan kematian mereka…. aiyoooooooooooo itu yang amat mendebarkan yerr… tak sedar selama ni tinggal ngan mayat2 yer… *pengsan tak?

lepas tu filem seterusnya…. kuntilanak 3

aku try download kuntilanak 2… tapi sampai sudah… tak abis2 so aku terus layan yang siri tiga punya….. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh julie estelle ni memang ala2 suzanna zaman dulu…. siri ketiga menyaksikan dia nak menghapuskan ala2 saka yang dia warisi…. tapi kuntilanak yang ni ala2 hepi2 gitowwww.. panjat2 pokok.. gelak2…. mainkan2 orang pastu bunuh…. geram tau tgk perangai gedik kuntilanak ittewwwwwwwwwwwww….

seterusnya antara paling seram dalam koleksi aku… KESURUPAN…

tp cite ni memang serem ya amat………… citer pasal budak2 kena minggu orientasi… dibawak berkhemah kat hutan… pastu mula lah jumpa mende pelik2 bawak balik umah…. yang geram tu… takkan la diorang takleh nak bezakan syaitan ngan manusia… bila BABI itu bertukar jadi manusia… takkanla tak pelik kan? ni terus lagi mintak tolong kat manusia jelmaan itu… ishhhhhhhhhh tapi kesurupan ni memang seram… eeeeeeeeeeeeeeeeeeee…………….

filem seram seterusnya…. Hantu Jembatan Ancol

 filem ni dah jadik tak seram… sebb rasanya filem seram indonesia ni macam dah dapat diagak… punca hantu tu jadi… apa dia nak buat… apa jadi seterusnya… tapi pelakon lelaki dia ganteng yaaaa…

tapi yang paling hanjeng adalah FILEM HORROR… tapi ak ucari poster dia takderlaaa… ahhahahah kelako nak mampos… filem niadalah ala2 filem SCARY MOVIE yerrrr…. pengsan… citer dia kelako bodoh…………. dia gabungkan semua filem2 kuntilanak, kesurupan, my heart… macam2 lagi laaa….kepada yang suka lawak2 hanjeng… carikla filem ni… hehehehehehehheh

skang tgh download filem baru

hehhehehe baru nak tgk takleh nak komen… tapi ermhhhhhhhhh ntahlaaa macam dah boleh agak jerhhhhh huhuhuhuhuhuhuh….

tapi oleh kerana filem KALA MALAM BULAN MENGAMBANG tu menang filem terbaik…. dan aku belum tgk lagi… so tgh dalam proses nak tgk la ni… ehheheehhehe

yang penting… selain julie estelle yang gigih berlakon filem seram… Nia Ramadhani pun tak ketinggalan uolssssssssssss…. bersaingkah kan?

Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba jaml 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.  

saiful bukhari azlan and anwar ibrahim 150808Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya.   

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Saiful berada selama tiga jam di JAWI dan beredar dari situ tanpa disedari oleh para wartawan yang menunggunya.

Saiful berjaya mengelak kira-kira 12 orang wartawan yang menunggu di sekitar pintu di bangunan Jawi.

Tiga jam di JAWI

Apabila Saiful keluar dari jabatan tersebut pada kira-kira jam 1.10 tengahari, dia tidak mengendahkan para media seperti sebelum ini.

Dia ditemani oleh beberapa orang yang tidak dikenali sebelum terus menaiki kereta Proton Waja yang terus beredar dari situ.

Menurut saksi, kelihatan empat lelaki berkaca hitam di dalam kereta tersebut.

Saiful kini dalam perlindungan polis dan tidak diketahui di mana dia berada.

Manakala peguam Saiful – Zamri – juga mengelak dan enggan mengulas mengenai kehadiran Saiful di JAWI.

Sebelum beredar, Zamri hanya berkata, Saiful datang untuk menemui beberapa pegawai JAWI.

Bernama pula memetik Zamri memberitahu pemberita bahawa kedatangan Mohd Saiful ke JAWI bukan berhubung siasatan mengikut kesalahan qazaf.

“Tujuan datang pagi ini untuk bertemu dengan pegawai JAWI. Ini bukan berkaitan qazaf, kita akan maklumkan kemudian,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, Anwar telah mengadukan isu laporan polis Saiful, kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan JAWI, mengikut undang-undang dan peruntukan qazaf (kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu).

Angkat sumpah

Penasihat PKR itu dilaporkan sebelum ini sebagai berkata, atas nasihat ulama dan peguam, beliau telah membuat aduan tersebut bagi membersihkan namanya dan keluarganya daripada fitnah jahat dan mengaibkan itu.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.”

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful di sebuah kondominium di ibu negara pada 26 Jun lalu.

Pada 15 Ogos lalu, Saiful mengangkat sumpah mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel kemudiannya, Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara. http://www.malaysiakini.com/news/88064

harapan tinggal harapan untuk menyaksikan malaysia memiliki emas pertama dala msejarah olimpik…. lee chong wei tewas mudah straight set kepada lin dan.. apa lagi yang boelh aku cakap?

sangat kecewa….

*melasalam

malam ini jam 8.40 mlm…. seluruh rakyat malaysia saya pasti tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan akhir yang cukup dramatik dan bersejarah tentunya… ktia lupakan sejenak sumpah sayFOOL, kita abaikan seketika permatang pauh, kita jauhkan semangat perkauman yang wujud antara kita…. siapa BN siapa PKR bukan perlu ditentukan pada malam ini… keserasian antara chong wei dan misbun sahaja sudah cukup membuktikan warna kulit, agama dan bangsa bukan menjadi halangan….

semua mengharapkan Lee Chong Wei untuk membawa pulang pingat yang tentunya perak dalam genggaman… namun tugas getir chong wei adalah menukar warna pingat itu dari perak kepada emas berkilauan… ingin sekali kita dengarkan lagu Negaraku berkumandang di Beijing sana… kita amat berharap dan menaruh harapan setinggi gunung…. pertembungan Lin Dan selaku pemain nombor satu dunia dan Lee Chong Wei pemain nombor dua dunia… adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan seluruh peminat sukan tanah air….

jika ditanya… siapa pilihan untuk bergelar juara pada malam ini… aku yakin memang ramai akan pilih chong wei… jika kalah sekalipun chong wei sebenarnya pemain badminton perseorangan terbaik yang pernah kita miliki…. doa kita seluruh rakyat malaysia… agar kejuaraaan menjadi milik negara…. kita berjumpa selepas aksi Lin Dan vs Chong Wei nanti….

*melasalam 

*aiyoooooo Lin Dan… body kawwwwwwwwwwwwwwww

VS

* Lee Chong Wei… wira harapan negara…

SELAMAT BERJUANG!!!